Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Cakap Perkataan Betul Dan Jelas, Jangan Bandingkan Anak Dengan Orang Lain” - Dr Izzar Kongsi Tips Anak Bercakap

Mya Amri 22/05/2020 | 12:55 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari berkongsi panduan mengenai perkembangan anak dalam percakapan.
Izzar berkongsi perkara bermanfaat itu menerusi posting terbaharu akaun Instagramnya hari ini.
Saran Izzar, ibu bapa tidak digalakkan untuk membandingkan anak-anak kerana perkembangan yang dilalui oleh setiap kanak-kanak adalah berbeza.
“Bercakap ni merupakan salah satu dari komponen perkembangan anak. Perkembangan bercakap untuk anak ni berbeza-beza mengikut umur dan lain-lain baik anak-anak lain.
“Jadi, jangan nak banding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Kalau orang lain mula bandingkan memang sakit hati kan?
“Nak tolong anak biar anak bercakap ada banyak cara. Antaranya kita sebagai parents sendiri kenalah selalu bercakap dengan anak. Biar anak tiru dan ikut kita bercakap.
“Kalau parents bercakap tu, cakaplah perkataan betul-betul dan jelas. Jadi anak ikutlah. Kalau parents cakap bahasa baby yang tak faham tu, anak pun ikutlah sekali.
“Bila anak bercakap sendiri, kita puji dia banyak-banyak. Buat dia gembira dan bersemangat nak bercakap lagi.
“Kurangkan masa dia main gajet atau tengok tv. Ni bergantung sebab ada yang lagi banyak bercakap kalau tengok Upin Ipin or cocomelon sebab dia ikut. Ada yang diam je tengok. Tu tak baguslah.
“Lagi bagus, kenalah interaktif. Kenalah nyanyi-nyanyi, tunjuk gambar-gambar dan sebagainya. Ibu bapa kenalah kreatif.
“Ayra sekarang dah boleh cakap dan gabung perkataan dah. Menari pun suka. Alhamdulillah,” kongsinya.

ANAK NAK BERCAKAP . Bercakap ni merupakan salah satu dari komponen perkembangan anak. Perkembangan bercakap untuk anak ni berbeza-beza mengikut umur dan lain2 baik anak2 lain. So, jangan nak compare2 anak kita dengan anak orang lain. Kalau orang lain start compare memang sakit hati kan? ? . Nak tolong anak biar anak bercakap ada banyak cara. Antaranya kita sebagai parents sendiri kenala selalu bercakap dengan anak. Biar anak tiru dan ikut kita bercakap. . Kalau parents bercakap tu, cakapla perkataan betul2 dan jelas. So anak ikutlah. Kalau parents cakap bahasa baby yang tak faham tu, anak pun ikutlah sekali. . Bila anak bercakap sendiri, kita puji dia banyak2. Buat dia happy n bersemangat nak bercakap lagi. . Kurangkan masa dia main gajet atau tengok tv. Ni bergantung sebab ada yg lagi banyak bercakap kalau tengok upin ipin or cocomelon sebab dia ikut. Ada yang diamm je tengok. Tu tak bagusla. . Lagi bagus, kenala interaktif. Kenala nyanyi2, tunjuk gambar2 etc. Parents kenala kreatif. . Ayra sekarang dah boleh cakap n gabung perkataan dah. Menari pun suka. Alhamdulillah. . Ni saya tengah guna buku belajar interaktif dari @mybababaa. Boleh belajar perkataan dalam bahasa Melayu, English, dan juga Mandarin. Belajar perkataan sambil ada gambar sebagai contoh perkataan tu. . Kalau u guys perasan, Ayra dapat kaitkan perkataan 'oval' dengan bentuk oval kolam dalam gambar tu. First time tu. Memang membantu dalam perkembangan. . Korang boleh dapatkan di www.bababaa.com Guna je code "EMCIZZAR" untuk mendapatkan diskaun 10%. . Untuk maklumat lanjut pergi je ke @mybababaa @mybababaa . #pressandlearnwords #mybababaareview #whatcanyouspeakbaby #mybabylanguagenourney

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on

Terdahulu, Izzar telah mendirikan rumah tangga dengan Ummi Nazeera pada 23 Julai 2017.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata Ayra Aneesa.
#Dr. Izzar
;