HIBURAN
Cakap ‘Telur’ Suami Masam, Netizen Tegur Kieda Crepe - “Nampak Bangga Dapat Herpes…”
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe, sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas memuat naik video berkongsi pengalaman dirinya dijangkiti virus Herpes.
Namun bukan isi kandungan yang mencuri perhatian, sebaliknya cara penyampaiannya yang dikatakan tidak sensitif dan terlalu peribadi.
Dalam video tersebut, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra, berkongsi situasi apabila dia menyedari terdapat biji-biji kecil pada bibirnya dan mendapatkan rawatan doktor.
Namun apa yang mengundang rasa kurang senang ramai adalah apabila dia secara berseloroh mengaitkan jangkitan itu dengan kebersihan alat sulit suaminya, Hilmi Zaki.
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata dipenuhi dengan kritikan daripada netizen yang menyifatkan isu kesihatan dalaman rumah tangga tidak wajar dijadikan konten terbuka.
“Tolonglah avoid buat content yang terlalu peribadi. Mana malu, mana aib. Especially yang nampak bangga dapat Herpes dari suami ni. Nampak gurau tapi sebenarnya cringe dan tak beradab ya.” tulis seorang pengguna di Threads.
“Nak gurau tapi tak kena tempat. Simpan jelah video tu untuk simpanan sendiri kalau dah tahu ternyebut benda aib. Ni pergi share satu Malaysia pulak… testis laki dia masam? Adehh. Rosak sel otak lalu wall saya.
“Sekarang ramai yang langsung tak rasa malu. Nak ‘spill the tea’ sangat, aib laki bini canang semata-mata nak validation siapa betul siapa salah,” komen netizen lain.
Selain itu, ada juga yang mendoakan agar usahawan itu segera sembuh.
Sebagai makluman, virus Herpes merupakan sejenis virus dari keluarga Herpesviridae yang boleh menyebabkan jangkitan pada kulit, mulut, alat kelamin dan juga bahagian tubuh lain.
Virus ini juga berpotensi kekal dalam tubuh sepanjang hayat dan boleh menjadi aktif semula dari semasa ke semasa, terutama ketika imun badan berada pada tahap rendah.
Sumber: Threads