Laman Utama

Cakap Tuhan Seperti Ibu Bapa, Pawang Hujan Disifatkan Hina Agama

gempak
Maliah Surip
12/09/2022
14:55 MYT
Sponsor Banner
Cakap Tuhan Seperti Ibu Bapa, Pawang Hujan Disifatkan Hina Agama
Pawang hujang bernama Rara yang pernah menjadi viral selepas melakukan ritual ‘menolak’ hujan di perlumbaan MotoGP Mandalika 2022, kembali menjadi buah mulut netizen.
Kali ini, Rara membuat banyak netizen beragama Islam marah dan kurang senang apabila dia memberi perumpamaan Tuhan sebagai bokap nyokap (ibu dan bapa).
Video diri pemilik nama sebenar Raden Rara Istiati Wulandari itu melakukan satu ritual dan memanggil Tuhan sebagai ibu bapa disiarkan oleh akaun Instagram @umatrasulullah.aswaja, lapor Insertlive.
Dalam video tersebut, Rara terlihat mengenakan pakaian serba merah untuk melakukan ritualnya.
Dia mengatakan kalau dirinya sedang berbicara dengan Tuhan seolah seperti berbicara dengan orang tua.
"Jadi sebelum matahari terbit, itu kita harus keluar atau bercakap. Seperti saya bercakap dengan Tuhan, macam sosok ibu dan bapa,” kata Rara.
Rara juga kemudian menyembut Tuhan sebagai ibu bapa.
"Bokap nyokap hari ini Rara ingin cuaca cerah di Batubara," katanya.
Melihat kelakuan tersebut, ada netizen yang menyifatkan pawang hujan itu sebagai menghina agama.
Malah seorang netizen meninggalkan komen yang berbunyi: “Orang orang yang percaya orang seperti ini, cuma orang orang yang sama-sama gila nya.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live