Laman Utama
“Cakaplah Dengan Beradab”- Kesal Sikap Doktor, Shiha Dilarang Ambil Video Ketika Suntikan Vaksin Covid-19
Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir akui keliru dengan doktor atau pembantu perubatan yang tidak membenarkannya mengambil video ketika menerima dos kedua vaksin Covid-19 di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) semalam.
Menurut Shiha dia bukan sahaja tidak dibenarkan mengambil video malah lebih kesal lagi doktor tersebut melarangnya dengan cara yang kurang beradab dan kasar.
“Mengenai ambil video ni Shiha keliru sebab menteri dah cakap “boleh” tapi kenapa ada juga doktor yang cakap “no”? Yang paling penting,cakaplah dengan cara yang lebih beradab,” katanya.
Shiha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia juga turut memuat naik sepotong video yang menjelaskan situasi sebenar ketika kejadian berkenaan berlaku.
Kata Shiha dia bukan mahu mencari kesalahan dari video yang diambil dengan menularkanya seperti yang berlaku sebelum ini sebaliknya hanya untuk simpanan jika ada berlaku sesuatu masalah dikemudian hari.
“Video ni pun atleast membantu jika ada masalah apa-apa. Jangan terus tak bagi ambil video sebab tak suka jadi viral. Jika benda betul, kenapa pula nak viral.
“Netizen semua pun faham,doktor dan nurse pasti letih sebab tu kadang-kadang ada juga yang tak tervaksin.
“Cuma bila ada video sekurang-kurangnya ada bukti dan boleh la ambil semula vaksin.Kan lebih selamat untuk semua orang. Dan tak semua orang yang penakut jarum,berani tau nak tengok waktu tengah inject tu. Thats why ada yang lebih selesa record and pandang tempat lain.But Alhamdulillah Shiha jenis tak takut jarum,” jelasnya lagi.
Tambah Shiha lagi, sebagai selebriti dia mahu mengambil tanggungjawab untuk memberi kesedaran dan galakan kepada orang ramai tentang bagusnya vaksin.
“Dan as public figure dan even sesiapa pun,if post video pasal vaksin,atleast dapat sebarkan positif untuk orang yang takut nak ambik vaksin supaya tak takut dan berminat nak ambil vaksin.
“Macam video Shiha waktu first dose haritu,Shiha tak sangka yang dapat tarik minat beberapa orang utk daftar vaksin sebab tengok video tu, I’m so happy. But hari ni,im so sorry,Shiha tak ada any video sebab dah spoil my mood 100 peratus,” luahnya.
Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata penerima vaksin kini dibenarkan merakam video suntikan vaksin masing-masing bagi mengelak keraguan.
Must-Watch Video