"Cake, Balloons & My Smile" - Radin Dah Ada Girlfriend?

Asraf Aided
Disember 18, 2018 11:37 MYT
Pengacara dan penyampai radio ERA, Radin Amir Affendy berkongsi foto sambutan hari jadi untuk seseorang yang istimewa.
Pada mulanya, Radin hanya memuat naik sekeping gambar dirinya memegang belon dan kek hari jadi dan tidak memberitahu siapakah gerangan penerimanya.
Selain itu, dia turut berkongsi sekeping gambar bersama wanita tersebut di ruangan Instagram Story miliknya.
Menerusi hasil carian Gempak, wanita yang sedang berteman rapat dengan Radin itu bernama Azlina Idris.
Azlina turut berkongsi gambar ketika hari jadinya di ruangan Instagram Stories.
"Thank you so much, love for this birthday prezzie, I heart You," tulis Azlina.
Tarikh hari jadi sebenar Azlina adalah pada dua minggu lepas, namun perkara itu baru dikongsi Azlina semalam.
#Radin