Popular di TikTok, Saharuddin Amirullah merupakan pempengaruh dan pencipta kandungan yang sering membantu golongan yang memerlukan.

Trivia Saharuddin Amirullah

Mempunyai jumlah pengikut lebih daripada 200 ribu di Platform TikTok, Saharuddin gemar berkongsi mengenai aktiviti sukarelawan yang dilakukan kepada pengikutnya.

Antaranya termasuk memberikan makanan kepada anak yatim, pekerja warga asing, kanak-kanak istimewa dan ramai lagi.

Berkat amal kebajikan yang dipaparkan itu, Saharuddin telah dihujani pujian daripada warganet sekaligus telah disenaraipendek di dalam kategori baharu Gempak Most Wanted untuk Wonda Coffee Keluang Man of the Month.

Untuk info, undian bagi Wonda Coffee Keluang Man of the Month telah ditutup pada semalam.

Ini merupakan kedudukan terkini Wonda Coffee Keluang Man of the Month.

1. Saharuddin Amirullah
2. Lee Weng Foong
3. Aleeya Zailan
4. Aliff Ahmad

Juara Wonda Coffee Keluang Man of the Month akan diumumkan pada 5 Jun 2024.

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori sedia ada Gempak Most Wanted merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.

Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif di dalam komuniti kita.

Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang keluang Man.

Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segment Gempak Most Wanted. Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini! [embed] https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=y0yThJon7ESsBK8Q_sIqccrsVm5Bw4lEnaahXDipJStUMEJJVDRJMTZJVURaTEtHUU00QjlBREQ3US4u

Berita Trending: Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Kemuliaan Hati Aleeya Zailan Masak Untuk Orang Ramai

Berita Trending: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur Biopsi - "Mungkin Semuanya Hanyalah Kebetulan..."