Laman Utama
Calonkan Cikgu Korang Paling Gempak Untuk RISE Educator Award & Menang Hadiah Wang Tunai RM15,000!
Korang mesti ada seorang cikgu yang korang rasa paling bersemangat ketika mengajar dan go beyond sepanjang dalam kelas kan!
Secara tidak langsung sebenarnya korang pun turut sama terinspirasi daripada cara pengajaran cikgu korang tu. Cikgu yang beyond tak hanya fokus pengajaran dalam kelas tetapi juga perkembangan sosial pelajarnya.
Tahun lalu, Cikgu Muhammad Nazmi Rosli yang mengajar di kawasan pedalaman Sarawak telah dinobatkan sebagai juara RISE Educator Award dan RISE Educator of the Year Award.
Cikgu Nazmi mengambil inspirasi daripada karakter popular Marvel, Profesor Charles Francis Xavier (Profesor X) untuk mendidik pelajar di sekolahnya di, SK Luagan, Lawas.
Betapa gigihnya, ibu kepada seorang pelajar di sekolah terbabit, Jenny Bulan Gelawat memandu lebih tiga jam untuk ke bandar berdekatan untuk mendapatkan sambungan Internet demi mencalonkan Cikgu Nazmi untuk anugerah itu.
Cikgu Nazmi menggunakan kaedah simulasi dan membina pelbagai alat bantu mengajar di bilik darjah dengan bahan terpakai. Misalnya membina kolam renang dengan 200 beg plastik dan perabot usang. Ini menyebabkan progres luar biasa apabila pelajarnya mendapat skor tertinggi di daerahnya sejak Cikgu Nazmi mula berkhidmat di sana.
Jadi, apa kata korang pula calonkan guru yang korang rasa memenuhi kriteria serta mampu bergelar juara tahun ini.
RISE Educator Award 2022 menghargai dan meraikan kehebatan pendidik bukan hanya di dalam bilik darjah tetapi juga sumbangan kepada masyarakat sepanjang tempoh pandemik ini.
Ada tiga kategori yang dipertandingkan dalam RISE Educator Award 2022 iaitu:
1. RISE Educator Award
Penyertaan terbuka kepada semua guru yang mengajar pelajar berusia antara 4 hingga 18 tahun di Malaysia.
5 finalis akan dipilih dan pihak Taylor’s College akan menyiarkan kisah guru tersebut di media sosial untuk pengundian awam. Guru yang mendapat undian tertinggi akan memenangi kategori ini!
Pemenang dan individu yang mencalonkan masing-masing akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,000 dan RM500.
2. RISE Educator Award: Taylorian Edition
Terbuka kepada tenaga pengajar di Taylor's University sahaja.
Individu yang mencalonkan hanyalah terdiri daripada pelajar Taylor's College atau Taylor's University, tidak kira warganegara.
Pemenang dan individu yang mencalonkan masing-masing akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,000 dan RM500.
3. RISE Educator Of The Year Award
Pemenang dalam anugerah ini akan dinilai dan dipilih berdasarkan pencalonan dalam kedua-dua kategori RISE Educator Award dan RISE Educator Award: Taylorian Edition.
Pemenang akan menerima RM5,000 dan sekolah di mana pemenang sedang berkhidmat akan mendapat penajaan bernilai RM10,000.
Peraduan ini bermula dari 1 April 2022 hingga 22 April 2022.
Lengkapkan borang dan nyatakan sebab kenapa guru korang layak untuk menerima anugerah itu tidak kurang daripada 100 patah perkataan.
Hantarkan pencalonan untuk guru korang paling beyond RISE Educator Award 2022 di sini.
Untuk info lanjut, layari laman web rasmi RISE Educator Award.
Must-Watch Video