Campurkan Keropok B*bi Dengan Bakso Di Restoran Berstatus Halal, Influencer Ini Raih Kritikan Netizen
Izwan Isa
18/07/2023 08:50 MYT
18/07/2023 08:50 MYT
Seorang pempengaruh (influencer) dari Indonesia, Jovi Adhiguna meraih perhatian netizen apabila mencampurkan keropok b*bi dalam hidangan bakso di sebuah restoran halal di Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali, Indonesia baru-baru ini.
Menerusi video yang diulang kongsi di sebuah akaun Twitter, ada yang mengkhuatiri status kesucian pinggan mangkuk dan juga peralatan yang digunakan untuk menikmati bakso berkenaan selepas dicampur dengan keropok b*bi.
“Betul la, jangan campur halal dan tak halal, perlu hormat kedai makanan atau minuman yang disahkan halal,” kata akaun berkenaan.
Tidak lama isu tersebut viral, Jovi tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kecuaiannya. Jovie mengakui apa yang dilakukannya itu adalah tidak disengajakan dan tidak bertujuan untuk menyakiti mana-mana pihak.
“Jadi semalam ketika di saya makan Bakso Afung yang berada di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali dan saya makan dengan keropok b*bi yang saya beli di lapangan terbang Bali juga.
“Saya benar-benar tak terfikir Bakso Afung itu halal dan saya tak boleh gabungkan makanan halal dan tak halal.
“Jadi saya ingin memohon maaf dari lubuk hati saya, kepada mereka yang berasa terkilan atau terganggu, itu benar-benar kesilapan saya semata-mata, saya tidak berfikir panjang,” kata Jovie sambil berjanji perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.
BACA: “Hello, Aku Bukannya Nak Makan Sangat Pun B*bi Tu” - Terjamah Sandwich Ada Pork Belly, Norreen Bengang Orang Tanya Sedap Ke Tak
BACA: Gula-Gula Bergelatin B*bi & Berlogo Halal Bikin Netizen Bimbang, JAKIM Keluarkan Kenyataan​

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.