"Can You Guys Guess Whether It's Boy Or Girl?" - Nina Nadira Minta Netizen Teka Jantina Anak Sulung

Zulaikha Yusof
Februari 18, 2019 16:55 MYT
Bintang Program Realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira meminta netizen untuk meneka jantina bayi yang berada dalam kandungannya.
Perkara itu dikongsi Nina menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.
"Mummy's getting bigger and heavierr! Can you guys whether it's boy or girl?" tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen cuba meneka jantina bayi tersebut dan mendoakan kesihatan kandungan Nina.
"@fazlinalih: Yea baby girl."
"@nicolesweetyen: Baby girl!"
"@zety_marista: I vote girl."
Nina dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 2017.
Kini, Nina sedang sarat hamil lapan bulan.
#Nina Nadira