Pengacara Dayah Bakar, 32, menyatakan dia menerima banyak persoalan mengenai pemakaian pelitup muka (mask) di Canberra, Australia.

Jelasnya, di Canberra sudah tidak mempunyai kes aktif Covid-19 jadi tidak perlu untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Namun begitu, mereka tetap dikehendaki untuk mematuhi tatacara operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dan selalu sanitize tangan.

"Saya dapat banyak sangat soalan tak perlu pakai pelitup muka ke dekat sini, tak ada Covid ke? Saya jawab sekali untuk semua ya.

"Dekat Canberra dah berbulan-bulan tak ada kes Covid. Tidak perlu pakai pelitup muka, tapi mereka perlu patuhi SOP seperti penjarakan fizikal dan selalu sanitize tangan. Walaupun 0 kes, peringatan ada di mana-mana," tulisnya di Instagram (IG).

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)


Dayah bersama suami, Muhammad Hanif Hamidi serta anak lelaki mereka, Achbar Muhammad Fahri kini menetap di Canberra.

Sebelum ini, pasangan tersebut terpaksa berjauhan selama setahun lebih selepas Hanif berkhidmat di sana sebagai pegawai tentera berpangkat kapten.

BACA: Akhirnya.. Dayah Bakar & Suami Kembali Bersama Selepas Setahun PJJ

Dayah berkahwin dengan Hanif pada Jun 2018. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki pada 17 Ogos 2020.