HIBURAN
Canon Berikan Visual Memukau, Sinematografi Iklan Raya ‘Abah Saya, Uncle Mike’ Memang Cantik!
Saban tahun, sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap tanpa pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh Syarikat produksi tempatan atau agensi.
Menariknya, iklan raya ini memaparkan jalan cerita tersendiri seperti diangkat daripada kisah benar dan isu semasa selain menampilkan barisan pelakon terkenal.
Bercakap mengenai iklan raya, filem ‘Abah Saya, Uncle Mike’ juga tidak ketinggalan muncul dengan versi iklan khas sempena Aidilfitri.

Menariknya lagi, iklan raya ini lebih daripada sekadar produksi yang bermakna kerana ia mempamerkan keupayaan luar biasa Canon EOS Cinema C400 dan Canon Sumire Prime Lens yang menyampaikan visual sinematik berkualiti tinggi.

Solusi videografi Canon direka untuk memenuhi tuntutan produksi profesional dengan prestasi optik yang menghidupkan setiap babak.


Bagaimanapun, komitmen Canon Marketing Malaysia terhadap industri kreatif telah menjangkau lebih jauh daripada itu.
Malah sebagai rakan kongsi utama dalam memupuk bakat dan memperkasakan industri filem Malaysia, Canon secara konsisten melaksanakan inisiatif jangka panjang untuk menyokong pembikin filem yang bercita-cita tinggi dan profesional.
Tiga sebab mengapa Canon adalah pilihan terbaik:
#1. Memperkasa Pengkarya dengan Peralatan Berkualiti Tinggi
Canon terus memberikan sokongan kepada artis dalam menghasilkan karya berkaliber dan mempunyai kreativi yang tinggi.
Selain itu, Canon juga mewujudkan peluang kepada bakat baharu muncul untuk meneroka dunia pembikinan filem secara profesional.
#2. Kerjasama Strategik dan Inisiatif Inovatif
Berkolaborasi bersama Tourism Malaysia & Tourism Perak untuk mempamerkan kekayaan budaya dan destinasi unik di Malaysia melalui penceritaan kreatif.
Selain itu, Canon juga menyokong festival filem seperti Festival Filem Anak Muda (USM) selama tiga tahun berturut-turut dan Festival Filem Jepun dan menganjurkan Peraduan Filem Pendek Canon untuk memupuk bakat pembikinan filem muda di Malaysia.
#3. Komitmen terhadap Pendidikan dan Pembangunan Bakat
Sebagai rakan strategik ASWARA dan USM, Canon kerap mengadakan bengkel di institusi berkenaan selain di sekolah dan juga universiti di seluruh negara sebagai persediaan untuk mentor generasi profesional kreatif yang akan datang.
Selain itu, Canon juga memberikan pengalaman bermakna kepada pelajar dengan menggunakan kelengkapan alatan penting termasuklah kamera dan kanta untuk memudahkan pembelajaran secara fizikal dan merasai pengalaman dunia seni sebenar.
Canon juga turut menyampaikan anugerah Fakulti ASWARA kepada pelajar cemerlang dalam bidang seni kreatif dan perfileman untuk memberi inspirasi kepada mereka supaya terus berinovasi dan mencipta sesebuah naskhah.