NUSANTARA
"Can't Wait To See Our Little Light" - Raisa Hamil, Ini Reaksi Hamish Daud!
Pasangan popular Indonesia, Raisa Andriana dan Hamish Daud bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Khabar gembira itu dikongsikan Raisa sendiri menerusi sepotong video yang dimuat naik di YouTube miliknya semalam.
"Alhamdulillah. Can't wait to meet our little light. Thanks everyone for your support & prayers," tulis Raisa menerusi Instagramnya.
Namun, seperkara yang menyentuh hati apabila video berkenaan memaparkan reaksi spontan Hamish ketika mendapat khabar gembira itu.
Dalam video berkenaan, Hamish melihat hasil ujian kehamilan Raisa dan tak semena-mena jejaka kacak kelahiran Australia itu menitiskan air mata.
Video itu diakhiri dengan momen gembira pasangan itu sambil berpelukan.
Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 1.4 juta kali.
Raisa dan Hamish telah mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu.
Sumber: YouTube Raisa
Must-Watch Video