Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cantik! Bilik Asrama Baru Universiti Sains Malaysia Ini Buat Ramai Nak Masuk Kampus Balik

Azwa Rahman
04/09/2019 10:03 MYT
Universiti terkenal di utara tanah air, Universiti Sains Malaysia (USM) menarik perhatian netizen dengan menawarkan kediaman asrama yang cukup menarik.

Menerusi laman Facebook rasmi universiti itu, beberapa keping foto bilik asrama lengkap dengan hiasan dalaman dikongsi untuk tatapan umum.

Memetik kenyataan Timbalan Naib Canselor (Perhubungan Pembangunan Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Aldrin Abdullah di ruangan kapsyen, setiap pelajar perlu diperkasakan dan magik akan terhasil.



Dengan mengubahsuai gaya hiasan dalaman bilik asrama ini, projek yang dicetuskan oleh beliau ini akan dilakukan dalam beberapa tahap sehingga 50 tahun akan datang.

Telah mendapat hampir 3,000 perkongsian daripada netizen Facebook, ramai yang memuji tindakan USM dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajarnya.

“Wow, cantiknya! Untunglah student baru. Well done D Aldrin dan team untuk idea bernas ni,” puji seorang netizen.



“Wonderful environment. This is the type of living standard students can concentrate and achieve their full potential,” komen seorang netizen lagi.

“Cantiknyaaaa! Terkenang bilik desa bakti yang meninggalkan kenangan terindah. USM di hatiku,” ujar seorang netizen lagi.

Malah, ada netizen yang mahu memohon menyambung belajar di USM semata-mata untuk menikmati kemudahan ini.



Tidak kurang juga ada yang menasihati para pelajar yang bakal mendiami bilik asrama berkenaan supaya menghargai usaha yang diterapkan serta menjaga kelengkapan bilik tersebut dengan baik.
#USM #Dekorasi #Kampus