Bukan sahaja peminat-peminat pertandingan ratu cantik, malah ramai netizen mula melihat kepada wakil Malaysia ke Miss International, Charmaine Chew yang berasal dari Kedah ini.

Para pengguna Twitter juga mula membandingkan para peserta yang bakal mewakili negara masing-masing daripada Asia Tenggara.



Berusia 22 tahun, Charmaine masih menuntut dalam bidang Perhubungan Awam. Bukan itu sahaja, Charmaine sering menjadi pilihan sebagai model, turut menjadi pengacara dan pada tahun lalu telah dijemput untuk berkongsi pengalaman di TEDXYouth 2018 berkenaan “Embracing Your Quarter Life Crisis”.

Wajah Charmaine sering terpampang untuk Shiseido, Samsung, Subaru, UOB Bank dan Sofy. Charmaine bakal mewakili Malaysia pada Miss International Pageant 2019 yang akan berlangsung pada 12 November ini di Tokyo, Jepun. Terbaru, wajah Charmaine turut dikongsikan di Instagram rasmi Miss International.

Charmaine Chew is the new Miss International Malaysia 2019. This Public Relations student and model has been working as a TV host and public speaker. She lists piano, Muay Thai , dancing and singing as some of her hobbies. Japan is waiting for you Charmaine!! See you soon!!! ??? #MissInternational2019 #MissInternational #MissInternationalMalaysia #MissInternationalMalaysia2019 #59thMissInternational #Malaysia #CheerAllWomen

A post shared by MISS INTERNATIONAL (@missinternationalofficial) on


Selain memaparkan gambar-gambar peserta daripada Asia Tenggara, beberapa netizen turut berkongsi gambar Charmaine yang mengenakan tudung, yang dikongsi daripada Instagram Stories beliau.



Charmaine bakal bertanding dengan 82 orang peserta lain daripada 82 negara seluruh dunia untuk Miss International kali ke-59 ini.

Semoga berjaya!