Cantik Dan Uniknya Kad Kahwin Taeyang & Min Hyo Rin

Mya Amri
Februari 1, 2018 11:09 MYT
Kad undangan perkahwinan anggota kumpulan K-pop terkenal BIGBANG, Taeyang telah didedahkan kepada umum.
Bakal melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya, aktres Min Hyo Rin pada 3 Februari ini, foto kad tersebut didedahkan secara eksklusif oleh rakan baiknya, 1TYM, Song Baekyoung menerusi akaun Instagram baru-baru ini.
Foto eksklusif itu menunjukkan sebuah kad berwarna putih dan dihiasi dengan sejambak bunga mini dibahagian hadapan kad berkenaan.
Manakala pada bahagian belakang kad tersebut pula menampilkan tulisan berwarna emas dengan ayat yang dipetik menerusi kitab injil:
“Two are better than one, because they have a good reward for their labour,”
Selain itu, nama sebenar Taeyang (Dong Young Bae) dan Min Hyo Rin (Jung Eun Ran) juga turut tertera di bahagian belakang kad tersebut.
Dalam pada itu, foto kad undangan pasangan ini mendapat pujian daripada para peminat kerana memilih kad dengan rekaan yang ringkas tetapi kreatif dan penuh makna.
Foto: Instagram @dazedkorea / @supafunkboy
Sumber: Koreaboo
#Kad Kahwin #Taeyang #Min Hyo Rin