Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Cantik Do’oh Baby” - Ameera Khan Bercuti Di Pulau Perhentian, Dress Labuh Jadi Tarikan Netizen

Azwa Rahman 10/09/2020 | 11:03 MYT
Personaliti media sosial dan juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya apabila tampil penuh jelita ketika sedang bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu.
Menerusi laman sosial Instagram, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) memuat naik beberapa keping foto ‘island vibes’ untuk tatapan umum.
“No call or text please,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

summer dreaming

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on

Menerusi perkongsian foto itu lagi, Ameera kelihatan bergaya dengan dress labuh berwarna kuning, oren dan putih.
Difahamkan percutian Ameera turut ditemani kakaknya Athisha Khan serta sepupu rapat mereka.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti memuji penampilan Ameera yang sangat cantik.
“Cantiknya dress tu,” ujar Puan Sri Tiara Jacquelina.
“Comey dooh Baby,” puji seorang wargamaya.
“Mana satu view ni, lawanya,” kata seorang wargamaya.
“Orang ke apa ni cantik dooh,” komen seorang wargamaya.
“Canriknya, perfect la awak ni. Taknak jadi artis ke? Muka awak boleh pegi jauh,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto-foto percutian Ameera telah mendapat hampir 150,000 tanda suka daripada warga Instagram.
#Terengganu #Little Miss Khan #Cuti-Cuti Malaysia
;