Pelakon Wawa Zainal berkongsi beberapa keping foto dekorasi terbaru rumahnya yang kelihatan serba moden dan mewah.

Menerusi laman Instagramnya, Wawa menunjukkan beberapa sudut yang membuatkan ramai netizen terpukau dengan susun atur dan perhiasan yang menghiasi ruangan tersebut.



Sambil tersenyum kerana berpuas hati dengan ruangan rumahnya yang kelihatan sempurna itu, dia turut bertanya jika ada pengikutnya yang mahu datang beraya.

“Cantik tak? Tqsm @lenteracreativehome mmg tak pernah mengecewakan. siapa nak dtg beraya?”, tulis Wawa di ruangan kapsyennya.

Ada netizen yang mengatakan rumahnya itu sama cantik dengan tuan rumah kerana pasangan suami isteri itu sering dilabel dengan jolokan ‘sama cantik, sama padan’.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan dekorasi yang dipilih kerana ia terus membuatkan ruangan itu tampak mahal.

Malah, ada pengikut yang sempat mengusik dan berseloroh memberitahu mahu datang beraya tetapi tidak mahu makan, sebaliknya mahu datang untuk bergambar di dalam rumah sahaja.

Gambar yang dimuat naik itu sehingga kini telah mendapat hampir 70,000 likes.