Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cantik! Peminat Puji Amelia Henderson Macam ‘Anak Patung’ -  “The Real Miss Universe”

Khairil Khusyairi
08/09/2024 07:55 MYT

Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson mencuri perhatian warganet baru-baru ini.

Jadi Host Miss Universe

Menerusi perkongsian di Instagram, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson memuat naik foto dirinya ketika menjadi pengacara di pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2024.

Tampil anggun mengenakan dress berona kelabu, Amelia ternyata mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melihatnya.

“Such a pleasure hosting #MissUniverseMalaysia2024 with @hansenlee thank you for having me @missuniversemalaysia,” tulis Amelia.

Cantik Macam Anak Patung

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Amelia itu.

Rata-ratanya memuji kecantikan yang dimiliki pelakon berdarah campuran India dan Scotland itu.

Malah, ada juga yang menyifatkan Amelia memiliki kecantikan yang luar biasa.

“Omg very very cantik,” komen seorang pengikut.

“Macam dia pula yang Miss Universe,” puji peminat.

“Masalahnya dia lagi cantik dari Miss Universe,” tulis netizen lain.

“Absolutely, she's beautiful walaupun hanya sebagai host, dia tetap menang dan tercantik di hati kami...The real Miss Universe,” puji peminat lagi.

“Macam anak patung,” komen seorang pengguna.

Terdahulu, Amelia pernah menyuarakan hasrat dan minat untuk menyertai pertandingan ratu cantik, Miss Universe Malaysia 2023 selepas organisasi tersebut memperbaharui beberapa kriteria termasuk membuka penyertaan kepada wanita yang pernah berkahwin.

Amelia juga pernah mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik, Miss Asia Pasific pada 2013 dan berjaya menduduki tempat kedua.

Untuk info, Amelia pernah berkahwin dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Anuar pada 14 Ogos 2015. Bagaimanapun pada Ogos 2018, dia mendedahkan perkahwinan itu sudah berakhir.

#peminat #Cantik #Miss Universe #Amelia Henderson #Jelita #Puji