Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Cantik, Rambut Dia Lebat Betul” - #WipeChallenge Versi Anak Eina Azman Ni Melampau Comelnya

Mya Amri
25/06/2020 10:51 MYT
Anak perempuan pelakon Datin Eina Azman, Arianna Aubrey menarik perhatian netizen selepas melakukan cabaran tular, #WipeChallenge.

Eina memuat naik video pendek yang merekamkan aksi belakang tabir pembikinan cabaran tersebut bersama Aubrey.

Menariknya, gelagat Aubrey yang comel sambil melakukan #WipeChallenge dengan memakai kebaya itu menambat hati netizen.

Tidak cukup dengan itu, Aubrey juga turut menari mengikut pergerakan Eina sebelum kembarnya, Karl Kareef muncul dan naik ke atas kerusi melakukan perkara yang sama.
View this post on Instagram

BTS Wipe It Out @aubreykarl ? #tiktok

A post shared by ???? ????? (@eina_azman) on


Sehingga kini video berkenaan telah menerima lebih 350,000 tontonan.

Menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan Aubrey selain tertarik dengan rambutnya yang lebat dan cantik.

“Comel gila...Rambut dia lebat betul,” puji @hmy.6530

“Cantiknya rambut Aubrey,” komen @seratfarrah

“Ini bukan macam mak anak ni... Ini macam kakak adik,” tulis @masitahbakri


Terdahulu, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan tersebut pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini kemudiannya dikurniakan sepasang kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.
#Datin Eina Azman #Arianna Aubrey