Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Cantik Sejak Lahir Ke Macam Mana Ni” - Oh My! Macam Ni Rupanya Daiyan Trisha Zaman Sekolah Dulu! Betul Ke Pemalu Orangnya?

Hanafis Haris
29/03/2021 10:28 MYT
Pelakon cantik, Daiyan Trisha mendedahkan dia seorang yang pemalu ketika di zaman sekolah, 10 tahun lalu.

Menurut Daiyan, sifatnya itu sangat berbeza dengan apa orang ramai lihat pada hari ini.

“Ini gambar Daiyan 10 tahun lalu masa dekat sekolah. Saya hanyalah gadis biasa yang dibesarkan di Bandar Baru Bangi.

“Gambar pertama tu masa Daiyan umur 17 tahun. Memang tak tahu lagi nak bersolek, nak posing atau bergaya.

“Tiada pengetahuan tentang fesyen, hubungan dengan orang industri pun tak ada. Apa yang Daiyan ada hanyalah minat terdapat seni, muzik dan lakonan.

“Tak sangka pula sekarang dah sampai sini,” katanya.

Jelasnya lagi, dia juga merasakan perubahan yang dialaminya juga agak drastik.

“Dulu Daiyan budak perempuan yang pemalu, saya berubah agak drastik.

“Kadang kala kita kena tengok balik zaman dulu untuk sedar sejauh mana kita berada di tahap sekarang.

“Perjalanan masih panjang, jom share kisah korang dulu and sekarang. let's inspire others,” katanya.

Daiyan berkata demikian menerusi satu posting di Instagram.

Menerusi posting tersebut, Daiyan memuat naik gambar lamanya ketika tahun 2010 dan 2020.

Pada masa sama, Daiyan turut mengajak beberapa lagi rakan artis untuk memuat naik gambar mereka ketika zaman sekolah.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Untuk rekod, Daiyan kini sedang rancak membawa watak Aaida menerusi drama premium terbitan Astro Originals Projek: Anchor SPM.

Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Projek: Anchor SPM ditayangkan di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.

#Daiyan Trisha #ProjekAnchorSPM #BeforeSPMAfterSPM!
;