Laman Utama

“Cantik, Sopan, Naik Seri” - Tema Baju Kurung Kedah, Majlis Berinai Elisya Sandha Terima Pujian Netizen

gempak
Azwa Rahman
23/08/2021
03:49 MYT
Sponsor Banner
“Cantik, Sopan, Naik Seri” - Tema Baju Kurung Kedah, Majlis Berinai Elisya Sandha Terima Pujian Netizen
Pelakon Elisya Sandha mencuri perhatian ramai apabila berkongsi foto pada malam berinainya yang disambut bersama ahli keluarga.
Menurut Elisya, ibunya, Hatijah Teh Man yang meminta dia memakai inai merah di kuku sebagai kenangan sekali dalam seumur hidup.
Menerusi laman sosial Instagram, Elisya memuat naik beberapa keping foto malam berinai dengan tema baju kurung Kedah dan berkain batik.
“Malam berinai 20/8/2021. A night to remember, dapat spend time dengan my family. So ceritanya tak tahu nak buat design macam mana kecoh satu rumah haha.
Last-last mama kata ‘you kahwin sekali je seumur hidup, pakai je inai kat kuku’ touching laaa,” tulis Elisya di ruangan kapsyen.
Pada majlis yang diadakan pada hari Jumaat itu, Elisya tampil manis dengan solekan tipis serta gabungan baju berwarna merah dan kain batik bunga kelabu.
Perkongsian tersebut juga mendapat reaksi positif daripada wargamaya apabila rata-ratanya memuji wajah Elisya yang jelas terpancar seri pengantin.
“Ini baru seri pengantin. Dia macam terimbau sweetnya pengantin dulu-dulu. Orang kata seri, manis, tenang, sempoi, berbaloi heheI,” komen seorang wargamaya.
“Simple pun tetap cantik,”puji seorang wargamaya.
Cantik berseri, meriah bersama family. Bestnya! Selamat pengantin baru, semoga bahagia bersama suami ke Jannah,” kata seorang wargamaya.
“Lawanya, macam perempuan melayu terakhir,” ujar seorang wargamaya.
“Cantiknya pakai baju Kedah. Manis, ayu dan sopan je,” tulis seorang wargamaya.
“Cantiknya! Jarang tengok artis pakai inai merah, naik seri,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 90,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Pada Sabtu, Elisya, 21, sah bergelar isteri kepada pengurus produksi, Uzair Haqimy, 25, dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada jam 3.11 petang.
Elisya menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live