Menerusi laman sosial Instagram, Kylie berkongsi foto anak sulungnya, Stormi Webster memegang jari bayi yang baru dilahirkan dan tertera kapsyen 2-2-22 sebagai tanda pengumuman.

Memetik laporan TMZ, Kylie dan bayi berada dalam keadaan sihat sejahtera dan Stormi sangat teruja bergelar kakak kepada adik lelakinya.
Namun, pasangan tersebut belum mendedahkan nama bagi bayi lelaki mereka.
Ogos tahun lalu, berita mengenai kehamilan Kylie bertiup kencang dan memilih untuk mengumumkan perkara itu menerusi satu rakaman video.
Terdahulu, pasangan itu menyambut kelahiran anak sulung Stormi Webster pada 1 Februari 2018.