Pelakon, penyanyi dan pengacara yang semakin jelita, Zulin Aziz nyata mempunyai caranya yang tersendiri bila mahu menegur segelintir pihak yang suka mencari kesalahan walaupun sedikit.

Perumpamaan yang diberikan cukup besar tetapi mereka yang suka mencari kesalahan orang ini tetap akan memandang perkara yang kecil. Itu yang cuba disampaikan oleh Zulin dalam satu entri di Instagram miliknya.

Melalui tiga keping gambar dalam entri berbeza tetapi mengenakan sari hijau yang sungguh menarik dan berlatar belakangkan kebiruan laut dan langit yang cukup indah, Zulin menulis kepsyen yang cukup ringkas.

"Cantik view dia kan?

"Netizen: kak, benang kain tercarik tu," tulis Zulin dalam sindiran yang halus.

Cantik view dia kan? Netizen : kak,benang kain tercarik tu

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on


Ramai netizen yang terhibur dan turut bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Zulin. Malah ada yang turut sama menyindir segelintir makcik dan pakcik bawang yang suka menjaga tepi kain orang lain.

"Jabatan netizen: kak akak nampak hijau. akk ke mak ko hijau tu," tulis kakgirlsebenar.

"Kak nampak muka kerut sgt!! Saya netizen!" seloroh ezadibrahim.

"Kak, mulut tutup sikit, senyum sikit baru manis, saya netizen," komen nur_atiqah71.

Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz pernah melahirkan empat buah lagu, selain daripada berlakon dan menjadi pengacara. Zulin juga pernah menjadi penyampai radio.