“Cantiknya Aisha Macam Ibu”- Pipi Merah, Hidung Mancung Anak Fasha Sandha Jadi Perhatian

Mya Amri
Ogos 8, 2020 08:30 MYT
Pelakon Fasha Sandha baru sahaja melahirkan anak perempuannya pada 7 Ogos.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Fasha turut memperkenalkan nama puterinya, Aisha pada Jumaat.
“Assalamualaikum, hari ini hari pertama Aisha ke dunia ni. Hari Jumaat, 7.8.2020.
“Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat Aisha, ibu dan seluruh keluarga,” coretnya.
Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji kecomelan wajah anak perempuannya itu.
Peminat juga tidak boleh ‘move on’ menatap wajah Aisha yang cantik dengan hidung yang mancung persis ibunya.
Rakan-rakan selebriti juga turut memberikan ucapan tahniah kepada Fasha.
Aisha merupakan anak pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Pelakon cantik itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
#Bersalin #Fasha Sandha