Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

Cantiknya! Alicia Amin Selamat Bernikah

Syafiqah Jalal 14/02/2021 | 07:16 MYT
Model dan pelakon Alicia Amin selamat bernikah dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Farzan, pada Ahad.
Alicia memberitahu ia merupakan hadiah hari kekasih paling bermakna buatnya.
“Hard Valentines gift to top Farzan,” tulisnya.
Alicia berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut Alicia memuat naik fotonya lengkap berpakaian serba putih dikucup suaminya di sebuah Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara.
Sementara itu, juru soleknya pada hari itu Khir Khalid turut memuat naik fotonya yang ditatarias olehnya.
Alicia turut berkongsi beberapa momen indah hari bahagianya menerusi IG Story miliknya.
#Nikah #Suami #Isteri #Alicia Amin