Berita

Cantiknya Anak Abby Abadi Di Hari Jadi, Macam Bertunang!

gempak
Syafiqah Jalal
06/07/2020
04:14 MYT
Sponsor Banner
Cantiknya Anak Abby Abadi Di Hari Jadi, Macam Bertunang!
Pelakon Abby Abadi menyambut hari lahir anaknya, Marissa Dania yang ke 15 tahun dalam satu majlis yang meriah semalam.
Majlis yang diadakan di kediamannya itu dilihat meriah dengan kehadiran ahli keluarganya serta keluarga bekas suaminya, Norman Hakim.
Namun apa yang lebih menjadi pengikut Instagram (IG) Abby adalah Marissa apabila dilihat sangat menawan seperti anak gadis dengan memakai gaun panjang bak puteri berona merah jambu.
Malah ada juga yang mengusik, Marissa bergaya seperti di majlis bertunang.
“Lawa birthday girl, macam bertunang pula.
“Lawanya Marissa.
“Dah macam princess sangat!” komen antara pengikutnya.
Berikut merupakan foto serta video yang dikongsikan Abby sepanjang majlis tersebut
Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Abby dan suami sudah memiliki tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live