"Cantiknya Bertudung"- Peminat Puji Gaya Sopan Sheila Majid

Syafiqah Jalal
Jun 10, 2018 08:17 MYT
Foto dengan gaya bertudung ratu jazz, Datuk Sheila Majid telah mendapat perhatian peminat.
Foto yang dimuat naik ke Instgaram (IG) semalam menunjukkan Sheila Majid manis bertudung dan bergambar bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sheila menerusi kapsyennya memberitahu dia bersyukur kerana dapat berbuka puasa dan berpeluang bersolat terawih bersama Tun Dr Mahathir.
Pelantun lagu Gemilang itu mengenakan tudung serta jubah berwarna hitam.
Rata-rata peminatnya suka dengan imej bertudung Sheila Majid kerana dilihat lebih sopan dan manis.
Selain itu, peminat juga berharap gaya Sheila dalam foto berkenaan dapat dikekalkan.
#Penyanyi #Penyanyi #Sheila Majid #Tun Mahathir