Bintang filem The Garden of Evening Mists (TGOEM), Sinje Lee kelihatan anggun dan menyerlah di acara karpet merah Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) yang ke-24 hari ini.

Foto Sinje Lee di acara berprestij itu turut dikongsi oleh Astro Shaw di akaun Instagram rasmi mereka sebentar tadi.

Turut menghadiri acara itu adalah Naib Presiden merangkap Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Arshad selaku Penerbit Eksekutif dan pengarah TGOEM, Tom Shu-Yu Lin.

TGOEM bakal membuat tayangan dunia di BIFF ke-24 (BIFF) dalam kategori 'A Window on Asian Cinema'.

Award- winning leading actress, Sinje Lee @sinjelee1234 of THE GARDEN OF EVENING MISTS on the red carpet at the opening ceremony of the 24th Busan International Film Festival 2019 @tan.twan.eng @kenghua @serene_lsy @ onnsancomposer @doakesdoakes @iamjohnhannah Catch The Garden of Evening Mists' World Premiere at #BIFF2019 at 8pm tonight, 4th October 2019 at Busan Cinema Center Haneulyeon Theater. Get your tickets at http://www.biff.kr/eng/addon/10000001/page.asp?page_num=752 now! 4th Oct, Fri | 8:00PM - Busan Cinema Center Haneulyeon Theater (world premiere with Guest Visit) 6th Oct, Sun | 4:00PM - MEGABOX Jangsan Haeundae 4 11th Oct, Fri | 8:00PM - Lotte Cinema Centum City 4 #TheGardenOfEveningMists #TGOEM #TanTwanEng #Astroshaw #hboasia #FINAS

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


The Garden of Evening Mists Leading actress, Sinje Lee @sinjelee1234 , Award-winning Director, Tom Lin @tomlin1976 and Executive Producer, Raja Jastina of Astro Shaw @astroshaw at the opening ceremony of the 24th Busan International Film Festival 2019 @tan.twan.eng @kenghua @serene_lsy @ onnsancomposer @doakesdoakes @iamjohnhannah Catch The Garden of Evening Mists' World Premiere at #BIFF2019 at 8pm tonight, 4th October 2019 at Busan Cinema Center Haneulyeon Theater. Get your tickets at http://www.biff.kr/eng/addon/10000001/page.asp?page_num=752 now! 4th Oct, Fri | 8:00PM - Busan Cinema Center Haneulyeon Theater (world premiere with Guest Visit) 6th Oct, Sun | 4:00PM - MEGABOX Jangsan Haeundae 4 11th Oct, Fri | 8:00PM - Lotte Cinema Centum City 4 #TheGardenOfEveningMists #TGOEM #TanTwanEng #Astroshaw #hboasia #FINAS

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Dalam perkembangan lain, filem The Garden of Evening Mists (TGOEM) yang diterbitkan oleh Astro Shaw dan HBO Asia dengan sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama CJ Entertainment ini turut meraih sembilan pencalonan di Festival Filem Golden Horse Taipei ke-56 yang bakal diadakan di Taipei, Taiwan pada Sabtu, 23 November ini.

TGOEM merupakan karya adaptasi novel judul sama nukilan penulis tempatan, Tan Twan Eng.

Hasil adaptasi daripada novel yang disenarai pendek untuk anugerah 2012 Man Booker Prize dan memenangi 2013 Man Asian Literacy Prize dan 2013 Walter Scott Prize, filem adaptasi ini menyaksikan penyatuan kumpulan produksi antarabangsa yang merangkumi Taiwan, Jepun, Malaysia, Singapura, India, Australia dan UK berkerjasama dalam penghasilan novel yang bakal diraikan di layar perak.

Pengeluaran global ini diterajui oleh pengarah Taiwan yang memenangi pelbagai anugerah, Tom Shu-Yu Lin dan diadaptasikan oleh penulis skrip daripada pemenang Scottsish BAFTA, Richard Smith. Filem ini mengetengahkan pelakon-pelakon antarabangsa seperti Sinje Lee (The Eye), Hiroshi Abe (After the Storm), Sylvia Chang (Love Education), David Oakes (Cold Skin), Julian Sands (The Girl with the Dragon Tattoo) dan John Hannah (The Mummy).

Filem ini menceritakan kisah Teoh Yun Ling (lakonan Sinje Lee), yang terjejas dari kekejaman Perang Dunia II di Tanah Melayu, mencari kebebasan di sekitar kawasan bukit-bukit Cameron Highlands. Ketika di sana, dalam usahanya untuk membina sebuah taman bagi menunjukkan penghormatan kepada adik perempuannya, dia telah memulakan hubungan percintaan yang dilarang bersama seorang tukang kebun bernama Nakamura Aritomo (lakonan Hiroshi Abe).

Selain tayangan di BIFF, TGOEM juga bakal ditayangkan di Festival Filem Hong Kong Asian sebagai Gala Presentation pada 14 sehingga 16 November 2019.

TGOEM dijangka membuat tayangan perdana di pawagan sekitar Malaysia bermula Januari 2020.