Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Cantiknya Cabai, Tak Tergamak Nak Makan” - Shaheizy Sam Tanam Pokok Cili, Harap Tumbuh Menjadi

Azwa Rahman
04/06/2020 09:32 MYT
Aktor kacak Shaheizy Sam mencuri perhatian wargamaya apabila menunjukkan minatnya dalam bercucuk tanam.

Menerusi laman sosial Instagram, Sam memuat naik foto bersama pokok cili yang baru ditanamnya untuk tatapan umum.

“Selesai bercucuk tanam. Harap pokok ni membesar menjadi pokok yang berguna pada bangsa dan negara,” tulis Sam sebagai kapsyen.

Selesai bercucuk tanam. Harap pokok ni membesar menjadi pokok yang berguna pada bangsa dan negara

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


Melihat pada pokok cili merah dan hijau segar yang baru ditanam, Sam bercita-cita agar tanaman cilinya menjadi.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tanaman cili Sam yang cantik dan meminta tips penjagaan agar pokok sentiasa sihat.

“Wah lebatnya! Siap tumbuh berdiri ye cili tu,” komen seorang wargamaya.



“Lawa pokok lada dia. Tak payah pegi pasar dah, petik depan rumah je,” puji seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, saham tu. Sebab dia berzikir kepada Allah SWT, Insya-Allah,” kata seorang wargamaya.

“Sam cuba tanam cabai putih. Rare dan pedas gila,” cadang seorang wargamaya.



“Jangan lupa siram pagi dan petang Sam, cuaca tengah panas ni,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Sam itu telah menerima hampir 35,000 tanda suka daripada wargamaya.


#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Tanaman cili