Ini bukan kali pertama penyanyi terkenal Misha Omar berkongsi gambar mengenakan tudung di Instagram kepunyaannya.

Dan setiap kali gambar bertudung tersebut dikongsi, ramai netizen yang memuji kecantikannya. Tidak kurang juga yang meminta dia untuk terus mengenakan tudung.

Pada satu entri terbaru Misha, dia mengenakan tudung untuk menghadiri majlis ijab kabul seorang temannya, lalu pada ruangan komen sekali lagi netizen memuji kecantikannya mengenakan tudung.

"Cantiknya Kak Mitch pakai tudung. Please keep it. You look so beautiful in it," tulis ikhwanizzatnasir di ruangan komen.

Misha Omar tidak hanya membiarkan komen tersebut begitu sahaja. Malah dia menjawab dengan penuh sopan.

"Thank you tau. Doakan kita, dik. Akak bertudung menghadiri pernikahan bff kita ni," tulis Misha.

Me with Abang @mimieomar 's daughter, Kyra ... Huwaaaa..berapa tahun lagi ni bang kau nak dpt menantu??? ..Kami di sini menghadiri majlis ijabkabul @marinamerina & Daniel ..Doakan ya,semoga dipermudahkan...???

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on


Rata-rata peminat berharap penyanyi kesayangan mereka itu mengekalkan diri agar sentiasa bertudung.

Misha mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Firos Ezzwan dan mempunyai tiga orang cahaya mata, Muhammad Adam Emir, Humaira Lateefa dan Idris Ezzwa.