Laman Utama
“Cantiknya, Keep It Up” - Tampil Berhijab Di Bulan Ramadan, Netizen Doa Nurida Suraya Istiqamah
Isteri kepada pereka fesyen Rizman Nordin, Nurida Suraya mencuri perhatian wargamaya apabila tampil jelita mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan.
Menerusi laman sosial Instagram, Nurida memuat naik foto-foto berhijabnya untuk tatapan umum.
Nurida yang juga merupakan seorang peragawati mengenakan pelbaga jenis tudung seperti tudung empat segi, shawl serta turban.
Menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji penampilan Nurida begitu sopan sebagai tanda menghormati bulan mulia.
Malah, ada yang turut mendoakan Nurida agar istiqamah dalam pemakaian hijab biarpun di luar waktu bulan puasa.
“Cantiknya berhijab. Keep it up,” tulis seorang wargamaya.
“Moga terus berhijab, cantik je,” puji seorang wargamaya.
“Masya-Allah, moga istiqamah, menjadi wanita solehah di syurga Allah kelak,” doa seorang wargamaya.
“Lawanya mommy Rizqaa pakai tudung,” komen seorang wargamaya lagi.
Selain Nurida, antara selebriti lain yang turut tempil berhijab di bulan Ramadan adalah Nur Fazura dan Ayda Jebat
Sekadar info, Rizman, 37, dan Nurida, 32, mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.
Pasangan bahagia ini dikurniakan seorang anak perempuan Rizqaa Rizman pada 2 September 2020.
Must-Watch Video