Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Cantiknya Pemandangan!” - Nabila Huda ‘Belanja’ Foto Percutian Pulau, Indahnya!

Azwa Rahman
04/01/2020 09:00 MYT
Pelakon Nabila Huda mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto percutiannya di Koh Lipe, Thailand dan Pulau Langkawi.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabila memuat naik beberapa keping foto pemandangan indah sejak berada di pulau kecil itu tiga hari lalu.

“Always my favorite place,” tulis Nabila ringkas di ruangan kapsyen.

Percutian Nabila di Koh Lipe dan Pulau Langkawi itu turut disertai oleh suami dan anaknya.

Bukan sahaja memuat naik foto pantai putih bersih dan kejernihan air laut, pelakon berusia 36 tahun itu turut berkongsi villa penginapan mereka yang sangat cantik.





Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya terpegun dengan lokasi percutian Nabila dan berharap mereka berkesempatan mengunjungi pulau itu.

Oktober lalu, Nabila turut mencuri tumpuan apabila mengembara ke New Zealand dan mengelilingi negara itu menggunakan karavan.
#Selebriti #Travel #Pantai
;