Penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna tampil dengan gaya tersendiri apabila menghadiri acara minggu fesyen New York (NYFW) yang sedang berlangsung di bandar itu.

Menerusi laman sosial Instagram, Yuna berkongsi beberapa foto dirinya beberapa pertunjukan dengan persalinan yang elegan untuk tatapan umum.

Lebih menbanggakan apabila Yuna turut menjadi tetamu barisan hadapan bagi jenama-jenama fesyen terkemuka dunia seperti Prabal Gurung, DKNY, Carolina Herrera dan Jonathan Cohen.



Rancak memuat naik setiap persalinan di Instagramnya, rata-rata netizen memuji kecantikan helaian yang dipakai.

Tampak stail dengan gabungan beberapa jenama mewah, Yuna turut dipuji kerana mengenakan helaian yang sopan dan menurut aurat.

“My inspiration, my spirit animal,” ujar seorang netizen.



“Allahu so pretty my queen!” komen seorang netizen.

“How can someone be that beautiful, amazing and talented at the same time!” puji seorang netizen lagi.

Malah, ada netizen yang menasihati para fesyenista di Kuala Lumpur untuk mengambil ilham daripada pemakaian Yuna untuk dipakai pada minggu fesyen Kuala Lumpur tahun depan.



Sedikit perkembangan terbaru, Yuna tersenarai di dalam pencalonan People’s Choice Awards 2019 untuk kategori Most Inspiring Asian Women.

Anda boleh bantu mengundi penyanyi berusia 33 tahun ini di sini.

BACA: Yuna Tercalon Di People’s Choice Awards 2019, Perlukan Undian Semua Rakyat Malaysia!