Pelakon cantik, Daiyan Trisha, mencuri perhatian ramai apabila tampil menggayakan baju seragam sekolah.

Penampilan itu dibuat menerusi satu posting terbaru di Instagramnya semalam.

Menurut Daiyan Trisha, gambar tersebut dimuat naik bersempena dengan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Goodluck kepada semua adik-adik yang menduduki SPM. Buat yang terbaik.

“Baca doa...jadikan diri anda, mak ayah dan keluarga bangga.

“Kalau sudah belajar sehabis baik, itu pun saya dah bangga dengan awak semua,” katanya.

Tambahnya, baju sekolah dipakainya itu bukanlah ketika dia di sekolah, namun ia adalah bersempena drama terbarunya #projekanchorspm.

Coming out soon!,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-rata calon SPM mengucapkan terima kasih atas ucapan dan kata-kata semangat daripada pelakon itu.

Malah, ramai juga memuji kecantikan Daiyan yang menyarung baju sekolah.

Apapun, nantikan drama premium Astro Originals , #ProjekAnchorSPM diinspirasikan daripada penipuan yang dirahsiakan di Malaysia.

Ditayangkan mulai 15 Mac, setiap Isnin, 9.00 malam, eksklusif di Astro Citra, saluran 108 | 128, atau strim di On Demand dan Astro GO

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)