Cantiknya! Rico Rinaldi Bridal 2018 Himpunkan Busana Terbaik Sepanjang Sedekad

Amri Hassan
November 3, 2017 10:43 MYT
Bagi yang masih tercari-cari busana pengantin untuk hari bahagia anda, Rico Rinaldi menghamparkan koleksi terbaik sepanjang sedekad.
Koleksi Rico Rinaldi Bridal 2018, A Dress To Remember dipersembahkan sempena KL Wedding Festival 2017 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sempena koleksi Rico Rinaldi Bridal 2018, A Dress To Remember, Rico Rinaldi mengetengahkan rekaan popular sepanjang 10 tahun yang mendapat sambutan dan paling laris.
Malah, Rico Rinaldi mengekalkan elemen tradisional dalam manipulasi fabrik songket Terengganu, renda Perancis dan sifon.
“Koleksi ini menampilkan 10 rekaan terbaru yang bermain dengan potongan polos dan ringkas namun mengekalkan signatur perincian mewah dan eksklusif Rico Rinaldi. Tiga daripadanya berasaskan fabrik songket Terengganu.
“Setiap rekaan Rico Rinaldi bersifat timeless dan menyerlahkan personaliti bakal pengantin. Seperti mana kebiasaannya, kebanyakan rekaan Rico Rinaldi berbeza-beza bagi setiap pelanggan,” kata Rico Rinaldi.
Rico Rinaldi Bridal 2018, A Dress To Remember merupakan koleksi pengantin kelima sejak 2004 sepanjang 10 tahun Rico Rinaldi beroperasi.
Koleksi Rico Rinaldi Bridal 2018, A Dress To Remember mengekalkan warna asas putih, kelabu dan nude yang sesuai untuk pelbagai seleksi majlis bermula daripada pertunangan, pernikahan hingga hari persandingan.
Rico Rinaldi Bridal 2018, A Dress To Remember boleh didapati dengan harga serendah RM1,000 hingga RM1,800 manakala pakej perkahwinan bermula RM5,000 hingga RM10,000 turut disediakan.
Koleksi ini juga boleh didapati dan ditempah khas di butik Rico Rinaldi di Bangi Sentral dan Plaza Damas.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Rico Rinaldi
#Pereka Fesyen #Rico Rinaldi #Bridal 2018