Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cantiknya Rumah Pengantin Baru! ‘Belanja’ Deko, Kediaman Wany Hasrita Tarik Perhatian Peminat

Azwa Rahman
25/08/2022 05:46 MYT
Penyanyi Wany Hasrita mencuri perhatian ramai apabila mempamerkan kediamannya bersama suami, Mohd Al-Adib Fahmi.

Menerusi platform TikTok, Wany memuat naik video menunjukkan sebahagian kawasan ruang tamu kediaman yang bertemakan moden kontemporari.

“Sweet home,” tulis Wany ringkas di bahagian kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan sebahagian daripada rumahnya menggunakan rona coklat dan krim untuk beberapa perabot dan dinding latar rumah.

undefined
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji kediaman dua tingkat milik pelantun lagu Menahan Rindu itu yang ringkas dengan elemen segar dan sedap mata memandang.

@CtSufie:serius perfect.”

@always baegopa:Macam penthouse.”

@vans:Cantik like tuan rumah ayyy.”

@???? ?????:aaa nak datang rumah kak wany boleh, minat sangat.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 150,000 tontonan di laman TikTok.

Sekadar info, Wany selamat bernikah dengan Adib, 30, dengan dua kali lafaz di sebuah premis acara di Damansara Perdana pada 22 Julai 2022.

#Deko rumah Wany Hasrita #Wany Hasrita Mohd Adib #Wany Hasrita rumah baru