Hiburan
“Cantiknya! Semoga Istiqamah” – Tampil Berhijab Ketika Bercuti, Netizen Doakan Wan Sharmila
Pelakon Wan Sharmila mencuri tumpuan wargamaya apabila tampil manis berhijab ketika sedang bercuti di Osaka, Jepun.
Menerusi laman sosial Instagram, Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala berkongsi foto-foto percutian tersebut untuk tatapan umum.
“This heart of mine was made to travel this world,” ujar Lala menerusi ruangan kapsyen pada salah satu fotonya.
Walaupun masih belum ada pengesahan dibuat oleh pelakon tersebut mengenai imej terbarunya, Wan Sharmila mula memuat naik fotonya berhijab sejak seminggu lalu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kejelitaan Wan Sharmila yang manis mengenakan hijab dan berbaju longgar.
Malah, ramai yang turut mendoakan agar dirinya terus istiqamah untuk menutup aurat.
“Cantiknya bertudung! Moga terus istiqomah,” puji seorang netizen.
“Kakak dah pakai tudung? Lawanya!” tanya seorang netizen.
“Alhamdulillah, cantik sangat sis. Semoga istiqamah ya. Saya memang minat sis,” ujar seorang netizen lagi.
“Sis dah start bertudung ke? Alhamdullilah cantik sangat bila sis pakai tudung,” kata seorang netizen lagi.
Untuk rekod, Wan Sharmila mula aktif berlakon pada tahun 2005.
Antara drama lakonan yang menaikkan namanya adalah Emil Emilda, Tari Tirana, Rona Roni Makaroni dan Sindarela.
Must-Watch Video