“Cantiknya Syamelaura!”- Gelagat Syamel Berbaju Kurung & Berselendang Ketika Jualan Jadi Perhatian

Syafiqah Jalal
Mei 28, 2019 05:18 MYT
Menjelang musim perayaan yang bakal tiba, semakin rancak peniaga terutama yang menjual busana Hari Raya menjalankan perniagaan termasuklah penyanyi Syamel.
Namun yang menariknya, Syamel bukan hanya berniaga seperti biasa malah demi melariskan penjualan baju raya yang dijalankan bersama Erni Zakri itu, dia sanggup menyarung busana baju kurung serta berselendang di hadapan khalayak ramai.
Foto tersebut dimuat naik ke akaun Instagram miliknya ketika dia dan Erni berada di salah sebuah booth yang terdapat di PWTC.
Sebaik sahaja dikongsi di media sosialnya, rata-rata netizen dan rakan artis terus membanjiri ruangan komen penyanyi Kau Pun Sama ini dengan cara yang melucukan!
Rata-rata terhibur dengan gelagat Syamel itu yang cuba membawa karakter seorang wanita.
Malah ada yang menggelarkannya dengan nama wanita iaitu Syamelaura.
Syamel turut membalas komen-komen yang diberikan dengan lucu.
#Syamel #Raya #Baju Raya #Erni Zakri