“Cantiknya Tisha, Buat Tutorial ‘Jalin’ Rambut Tu Please…” – Adik Neelofa Dipuji Warganet

Fiza Kamarudin
Mei 15, 2020 08:30 MYT
Nama adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Athisha Khan baru-baru ini menjadi sebutan warganet kerana kecantikan dimilikinya.
Jika tahun lalu nama Atisha atau lebih mesra dengan panggilan Tisha ni disebut-sebut kerana bertutur dalam dialek Kelantan, tahun ini sekali lagi dia menjadi perhatian.
Baru-baru ini Tisha telah memuat naik beberapa keping foto menggayakan baju raya di akaun sosial Instagram (IG).
Gaya Tisha yang sempoi dan sopan telah menjadi perbualan warganet, ditambah lagi dengan paras rupa menawan.
Selain itu, warganet turut meminta Tisha merakam tutorial tata rias rambut selain memuji rambutnya yang lebat dan ikal.
Berusia 22 tahun, Tisha merupakan pelajar undang-undang dengan perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom.
Athisha Khan merupakan anak ketujuh dari sembilan adik-beradik. Dia kini mempunyai 363,000 pengikut di Instagram dan hampir 200,000 subcribers di YouTube.
#Adik Neelofa #Influencer #Atisha Khan