Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Capai Berat Badan 57KG, Netizen Mula Tegur Zulin Aziz

Azwa Rahman 23/06/2020 | 11:20 MYT
Pengacara Zulin Aziz mencuri perhatian wargamaya apabila telah mencapai berat badan ideal sebanyak 57kg.
Menerusi laman sosial Instagram, Zulin berkongsi satu video meraikan kejayaan itu untuk tatapan umum.
“Yeay dah 57kg! Terima kasih banyak-banyak @dmagiadietmealz_hq dan team,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Menerusi video berdurasi 12 saat itu, Zulin mengenakan seluar denim dilihat menari-menari meraikan kejayaannya meraih berat badan idaman.

Yeay dah 57kg! Thank you so much @dmagiadietmealz_hq and team!?❤️

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya adalah penampilan Zulin yang memakai pakaian agak ketat bagi menunjukkan bentuk badannya yang semakin ramping.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen juga, ramai yang menasihati agar Zulin menjaga penampilan sebagai seorang wanita bertudung.
“Bila dah kurus, jagalah pemakaian kita sis,” tegur seorang wargamaya.
“Wow terbaik, tapi kurus-kurus pun janganlah pakai yang fit sangat tau. Kita suka tengok Zulin pakai yang longgar-longgar,” luah seorang wargamaya.
“Maaf sis tegur, baju tu terlalu singkat. Maaf ya,” komen seorang wargamaya.
“Jangan pakai ketat-ketat, risau ramai yang gugur imannya,” tulis seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Zulin yang mengamalkan diet telur sebagai satu usaha untuk mengurangkan berat badan berjaya kehilangan 10kg dalam masa sebulan berbanding berat badan asalnya iaitu 85kg.
#Zulin Aziz #Netizen #Selebriti kurus
;