Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Capai Penggunaan Hampir 83%, Tanah Perkuburan Islam Kuala Lumpur Hanya Bertahan 5 Tahun Lagi

Gempak
17/08/2024 12:25 MYT
Kurang dari lima tahun lagi, Tanah Perkuburan Islam (TPI) kariah masjid di Kuala Lumpur khususnya di kawasan kepadatan tinggi diunjurkan akan penuh.

Penggunaan Hampir 83 Peratus

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata 19 TPI kariah masjid di Kuala Lumpur pada masa ini mencapai penggunaan hampir 83 peratus.

"Sehingga Julai 2024, baki keseluruhan TPI kariah di Kuala Lumpur hanya 9,957 lot atau 16.26 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan yang sedia ada sebanyak 61,235 lot kubur.

"Baki lot tanah perkuburan yang tinggal itu hanya boleh bertahan untuk menampung pengebumian jenazah bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

"Terdapat tujuh Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) di bawah kendalian JAWI dan mempunyai kapasiti menempatkan sebanyak 145,257 jenazah. Mohd Ajib berkata, sehingga Julai 2024, lot kubur TPIRS hanya berbaki 15,606 lot atau 10.74 peratus sahaja.

"Dengan nisbah baki itu, TPIRS berkenaan dijangka mampu beroperasi untuk dua hingga empat tahun lagi.

"TPI di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur telah ditutup, manakala dua lagi TPI di Jalan Ampang hanya berbaki sekitar 400 lot dan dijangka hanya mampu bertahan kurang daripada dua tahun.

"Situasi di TPI Putrajaya yang diselia oleh Perbadanan Putrajaya pula memaparkan situasi yang tidak banyak berbeza dengan ruang lot kubur yang masih berbaki 4,500 lot dan dijangka mampu bertahan untuk tempoh enam hingga tujuh tahun lagi," katanya.

BERITA TRENDING: Polis Rakam Keterangan 8 Individu Kes Kematian Nidza Afham

​BERITA TRENDING: Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

​BERITA TRENDING: Gara-Gara Makan Ubat Dari Bidan, Gadis 13 Tahun Ini Buta Kedua Mata!

​BERITA TRENDING: Kucing Disangka Hilang, Rupa-Rupanya Dibaham Harimau Akar!

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 di Kompleks Islam Putrajaya.

Mohd Ajib turut memaklumkan bahawa TPI kariah di Wilayah Persekutuan tidak lagi sesuai dinaiktaraf kerana telah mencapai purata penggunaan sebanyak 82.11 peratus.

"Sukar untuk mencari kawasan tanah perkuburan baharu di Kuala Lumpur kerana kepadatan bandar dan pertambahan penduduk serta harga hartanah yang melambung tinggi.

Sumber: Berita Harian
#Berita #Kubur #Kuala Lumpur #Kawasan