Umum mengetahui penyanyi rap dan selebriti media sosial Caprice sering menggunakan platform media sosialnya untuk mengulas mengenai sesuatu isu atau berita yang sedang trending.

Terbaharu, Caprice ‘menasihati’ kaum suami dengan menyatakan seandainya mahu mencari bakal isteri nombor dua, seeloknya mencari di Thailand dan bukan di Malaysia.

Ini kerana, jelas Caprice ia dapat menggabungkan dua bahasa dan budaya.

“Kepada kaum lelaki di luar sana yang berani nak tambah nombor dua, biar saya bagi anda beberapa tips.

“Kalau nak sangat tambah nombor dua jangan cari yang dekat Malaysia. Lepastu pergi senyap-senyap Siam (Thailand) untuk kahwin, itu langkah yang salah.

“Kalau nak, pergi cari dekat Siam. Korang akan dapat Assalamualaikum dan Sawadikap dalam satu masa yang sama, kan lebih seronok,” kongsinya menerusi satu hantaran video di laman Instagram baru-baru ini.

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Difahamkan, Caprice menyampaikan pesanan itu susulan isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini mengenai seorang pengarah berkontroversi yang mendedahkan sudah bernikah dengan seorang pelakon di Thailand, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, menerusi hantaran sama, Caprice sempat berseloroh dengan mengatakan seandainya para suami meminta izin untuk pergi ke Thailand atas urusan kerja, para isteri dinasihatkan untuk tidak percaya.

“Kepada wanita di luar sana, kalau suami cakap ada meeting dekat Thailand atau pergi ride ramai-ramai dengan kawan atau test makanan dekat Siam, jangan percaya. Dia nak test benda lain. Bang bang!,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terhibur dengan perkongsian tersebut selain bersetuju dengan pendapat Caprice.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.