Terkini
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Caprice berkata yang segala bukti dan rakaman panggilan telefon mengenai isu berkenaan bakal dimuat naik di saluran Telegramnya.
Standby
“Siapa-siapa nak dengar full phone recordings dua kali. First time awal-awal call dan second time the next day selepas dia putar belit dan tiba-tiba change plans. Korang boleh standby dalam link tele below.
“Dan untuk elak tuduhan fitnah yang orang selalu guna apabila kita handle kes-kes yang viral, kami terpaksa letak sema bukti-bukti gambar atau video atau receipts selama kita ambil kes ni supaya pihak kami transparent dgn ape yang berlaku.
“Malam nanti once I’m home I will try upload,” katanya.
Terdahulu, nama Caprice dipetik oleh Sarah Yasmine dan juga Bella Astillah dan didakwa mewujudkan fake account untuk menyebarkan hal berkaitan Bella.
ARTIKEL BERKAITAN: Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”
ARTIKEL BERKAITAN: Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Must-Watch Video