UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Caprice Cadang Imran Bard & Ellie Suriaty Selesai Cara Baik - “Tak Perlu Libatkan Ibu Bapa…”

Mya Amri 22/02/2025 | 07:50 MYT
Penyanyi rap, Caprice mencadangkan seeloknya personaliti media sosial, Imran Bard dan pelakon, Ellie Suriaty bersemuka untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka.

Mohon selesai dengan baik
Caprice menerusi hantaran di Insta Story miliknya berpendapat tiada keperluan untuk meminta ibu bapa Imran membuat permohonan maaf di atas perbuatannya memandangkan pempengaruh itu sendiri sudah cukup dewasa untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Imran orang dewasa, tak perlu nak libatkan ibu bapanya. Mak dia tu dalam hospital, tolonglah matang sedikit.

“Berjumpalah secara bersemuka dan selesaikan dengan baik. Bulan puasa dah nak dekat ni,” tulisnya.

Perlukan bimbingan

Dalam pada itu, Caprice juga berpendapat Imran tidak berniat untuk menjejaskan reputasi Ellie sebagai seorang aktres berpengalaman.
“Orang seni lama, orang seni baru, saya faham komedi seperti ini sebab saya adalah peminat Kat Williams dan Kevin Hart.

“Dekat sana lagi teruk diaorang bahan orang lain untuk jenaka. Saya rasa Imran tak ada niat jahat. Dia seorang yang berbakat.

“Mungkin perlukan bimbingan, insya-Allah boleh improve. Ini pendapat sayalah,” corernya.
Terdahulu, Ellie telah mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran pada petang Khamis.
Isu ini mula timbul apabila Imran dikatakan sengaja membuat kandungan media sosial berbentuk video parodi dengan menyebut nama Ellie menggunakan bahan terlarang.
Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.
#Ellie Suriaty #Caprice #Imran Bard