Caprice Dimasukkan Ke Hospital Akibat Sesak Nafas, Ada Pula Offer Nak Jadi Bini - "You Should Kahwin Dengan I Je, I Jago Boek"

Amri Hassan
Oktober 29, 2020 08:45 MYT
Penyanyi rap Caprice dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas pada Rabu.
Berkongsi perkara tersebut di Instagram, kata Caprice dia terpaksa menghubungi ambulans ekoran kekangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Pagi tadi (Rabu)... tiba-tiba terbangun sesak nafas dan badan rasa kering lain macam.
"Disebabkan PKPB, saya tidak dapat hubungi rakan untuk ambil saya pada pukul 4 pagi.
"Jadi, saya hubungi ambulans. Nampaknya doktor beritahu saya mengalami dehidrasi... tak cukup minum air kot atau aircond kuat sangat.
"Maaf guys, InsyaAllah kita akan kembali bekerja pada esok (Khamis)," kata Caprice yang turut berkongsi sepotong video berada di dalam sebuah ambulans.
Justeru, ramai yang mendoakan agar Caprice kembali pulih dan bekerja seperti biasa.
Malah, ada juga yang meninggalkan komen-komen nakal menawarkan diri untuk menjadi isterinya.
"4 pagi dan masih belum tidur, kamu patut kahwin dengan saya saja. Saya jaga baik," tulis salah seorang pengguna.
"Cepatlah cari bini sekurang-kurangnya boleh tolong tengokkan Cap kalau sakit macam ni," saran pengguna lain.
"Get well soon Cap. Anggap sahaja penghapus dosa kecil. Nasib bujang, kalau tidak kasihan bini kena tinggal time-time CMCO," tambah pengguna lain.
Bagaimanapun tidak sampai satu hari ditahan di wad, Caprice sudah kembali bekerja dan muncul dalam sebuah program yang bersiaran secara langsung pada malam Rabu.
#hospital #Hospital #Caprice #Sesak Nafas