Caprice, Ebit Lew Akhirnya Berjumpa Di Gaza! Ramai Teruja – “Dua Hero Malaya Dah Bertemu”

Mya Amri
Julai 2, 2021 01:21 MYT
Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice akhirnya bertemu di Gaza.
Berita itu dimaklumkan Caprice menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
“Alhamdulillah sebab ramai dekat Malaysia tanya, finally dapat jumpe @ebitlew #rapatkansaf2040,” tulisnya.
Ternyata berita itu membuatkan rata-rata pengikutnya menarik nafas lega selepas mengetahui perkembangan kedua-dua personaliti terkenal itu.
Malah menerusi ruangan komen, mereka juga melabelkan Ebit dan Caprice sebagai hero Malaya kerana kedua-duanya sedang sibuk menjalani misi kemanusiaan di Palestin.
Dalam perkembangan lain, Ebit Lew juga telah menerima anugerah sebagai Duta Muhibbah oleh pemerintah Palestin.
Ustaz Ebit kini sedang dalam misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza pula bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat serangan Israel.
Antara bantuan yang diberikan adalah barangan keperluan serta ubat-ubatan sebanyak dua treler dan beberapa buah lori dihantar terus ke hospital di Gaza untuk disalurkan kepada yang memerlukan.
Pasukan beliau juga adalah yang pertama di dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza melalui pintu Rafah sejak peperangan 11 hari pada Mei lalu.
#Caprice #Misi Kemanusiaan #Palestin #Ebit Lew #Ustaz Ebit Lew #Gaza #Misi Bantuan #Misi Kemanusiaan Palestin #Misi Bantuan Gaza