Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Caprice Kahwin Senyap-Senyap? Azira Shafinaz Ucap Tahniah

Mya Amri
15/11/2021 11:50 MYT
Penyanyi rap, Caprice dikhabarkan telah mendirikan rumah tangga pada Isnin.

Berita tersebut pada mulanya dikongsi oleh individu bernama Yasser Khan menerusi ruangan Insta Story miliknya.

Bagaimanapun perkongsian itu dikongsikan semula oleh penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz.

Perkongsian Azira beserta ucapan tahniah menguatkan lagi tentang kebenaran Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengenai perkahwinan itu.

Foto yang dikongsi juga merakamkan pasangan itu lengkap menggayakan busana serba putih sambil Caprice menyarungkan sebentuk cincin di jari manis wanita pilihannya.

Bagaimanapun identiti wanita cantik itu masih lagi dirahsiakan.

Setakat ini, Caprice mahu pun pembantunya belum mengesahkan perkara itu.

Kali terakhir Caprice memuat naik hantaran di akaun Instagramnya adalah pada 8 Oktober lalu.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!


#Kahwin #Caprice #Azira Shafinaz
;