Selepas penyanyi Erni Zakri, rapper Caprice pula tampil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan penyanyi muda, Haqiem Rusli yang menggunakan isu depresi sebagai gimik mempromosikan single terbaharunya.
Caprice menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memuat naik sebuah videonya yang meluahkan rasa bengang lalu memaki hamun Haqiem dengan kata-kata kesat.
Selain Haqiem, Caprice juga telah memaki pihak pengurusan Haqiem kerana menggunakan isu depresi dan gimik mengundur diri dari bidang seni untuk meraih perhatian mempromosikan lagu baharu.
Caprice memberitahu dia pernah mengalami depresi dan isu itu tidak wajar untuk dipermainkan.
Bagaimanapun menerusi entri terbaharunya, Caprice memuat naik sebuah video dengan menyatakan kemaafan berikutan luahan perasaan marahnya yang menggunakan ayat kesat itu.
Semalam Haqiem telah muncul dengan muzik video single terbahaunya yang baru sahaja dirakam dua bulan lalu selepas dia mengumumkan mahu kekal dalam bidang seni.
Terdahulu, Haqiem mencuri perhatian rakan artis dan peminat selepas melahirkan hasrat untuk meninggalkan dunia seni selepas mendedahkan dia mengalami kemurungan sejak awal tahun ini.
Foto: IG Caprice
Teks oleh: Syafiqah Jalal