Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

Caprice Tegur Lelaki Tawar Diri Jadi Suami Baru Puteri Sarah; “Agak Biadap, Tak Belajar Ke Apa?”

Shahrin Zulkifle 16/01/2023 | 06:00 MYT

Baru-baru ini tular video seorang wanita yang juga model sambilan yang menawarkan dirinya untuk menjadi isteri ketiga kepada pengarah Syamsul Yusof.

Malah, video berkenaan turut mendapat perhatian isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana.

BACA: “Saya Akan Jalankan Tanggungjawab Sebagai Penyondol” - Model Dapat ‘Green Light’ Puteri Sarah Untuk Jadi Isteri Ketiga Syamsul

Terbaharu, seorang lelaki pula yang menawarkan dirinya untuk menjadi suami kepada Puteri Sarah.

Difahamkan video tersebut dimuat naik dengan tujuan bergurau susulan pelakon tersebut nekad menuntut perceraian daripada suaminya, Syamsul selepas pengarah kontroversi itu selamat menikahi aktres Ira Kazar.

“Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulis lelaki berkenaan.

undefined

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menarik perhatian pempengaruh media sosial iaitu Caprice.

Kata Caprice, tindakan individu berkenaan disifatkan sebagai seorang yang biadab kerana Puteri Sarah masih berstatus isteri kepada Syamsul.

“Bagi Caprice ini agak biadap! Korang tak belajar ke apa? Dia (Puteri Sarah) masih isteri orang,” tulisnya.

Caprice berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Stories sambil memuat naik gambar individu berkenaan.

#Syamsul Yusof #Puteri Sarah #TikTok