Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mendedahkan kepada umum dua orang guru kesayangannya sewaktu dirinya masih di bangku sekolah.

Perkara itu dikongsikan Rebecca menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya memaparkan dua foto gurunya itu.

"Dua orang guru kegemaran saya. Baik sangat-sangat dengan Mummy Becca dulu. Rindu zaman sekolah kan.

"Abaikan pelajar lelaki kat belakang, tu semua peminat mummy haha.

"Saya sentiasa menjadi pelajar kesayangan guru, Alhamdulillah," tulisnya di ruangan kapsyen.

My two favourite teachers,baik sgt2 Dgn mummy becca dulu ❤️Rinduuuuu zaman sekolah kan,Abaikan students lelaki kat belakang tu semua peminat mummy haha ? ??.... . . I’m teachers favourite students and always ,Alhamdulillah ???... . . #mrsazam #zamansekolahmummybecca #memories #schooltimeisalwaysinmummybeccaheart

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on


Bagaimanapun, gambar tersebut kemudian mencuri tumpuan netizen yang pernah belajar dengan guru yang sama.

"Cikgu Fauziah favorite cikgu jugak!

"Macam kenal je cikgu ni!

"Mummy tu Cikgu Fauziah Nasir dengan Cikgu Zalilah kan," komen sebahagian netizen di ruangan komen yang teruja apabila mengetahui pernah belajar dengan guru yang sama.

Dalam pada itu, penampilan Rebecca ke sekolah turut mencuri tumpuan netizen.

"Cara mummy pakai tudung memang legend!

"Tudung senget benget tu memang trademark zaman kita sekolah kan

"Zaman-zaman tu memang rare kan anak tudung sampai tutup dahi," komen pengikutnya.





Dalam entri berasingan, Rebecca turut memuat naik gambar kenangannya ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Bahru, Johor Bahru itu.

"Kemas-kemas tempat album terjumpa gambar zaman sekolah. Masa ni tingkatan 3.

"MasyaAllah gambar lama ni. Alhamdulillah sampai sekarang masih ada lagi sesetengah sahabat yang masih lagi WhatsApp dengan mummy.Oh my god, 19 tahun yang lalu," kongsinya.

Kemas kemas tempat album terjumpa gambar zaman Sekolah,masa ni form 3 ?MasyaAllah Gambar lama ni,Alhamdulillah Sampai Sekarang masih ada lagi setengah sahabat Yg masih lagi BerWhatsapp dgn Mummy ❤️... thank you sahabat Sekolah ❤️,byk kenangan Kita semasa sekolah ?... OH my God 19 years back ??Ada kah Muka mummy masih Sama??? Followers tolong Jawab kan,haha ??... . . #mrsazam #zamansekolahmummybecca #KenanganTerindah #SekMenMajideeBahru #KawanBaikMummyBeccaKembar ? #SabaSabi hehe .. . . P/s- Yg penting swipe left sampai Akhir,Kawan mummy cakap mummy Kuat makan tau,Dari dulu makan 3 Pinggan haha ? sampai Sekarang pun Kuat makan laaaa, I’m a food lover ?? P/s-Semua Sahabat Sekolah call my parents Mama and Papa ❤️ ... . . #schooltimeisalwaysinmummybeccaheart

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on


Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!